Tuesday, February 17, 2009

Perlaksanaan District Kepada Zone - Dari Mejor

Saudara Latiff, Kenneth, Saiful dan Chenteral,

  • Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah keran saudara-saudara sekalian telah terpilih untuk menjadi Pesuruhjaya Daerah yang baru bagi PPMWPKL.Oleh kerana pegerakan pengakap adalah berasaskan sekolah maka adalah wajar PPMWPKL mengikut Zon-Zon yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Ini akan memudahkan pentadbiran kumpulan-kumpulan Pengakap bergerak mengikut Zon-Zon masing-masing.Jawatan-Jawatan baru saudara-saudara adalah seperti

  • berikut:Pesuruhjaya Daerah (Zon Keramat) - Encik Latiff Pesuruhjaya Daerah (Zon Bangsar) - Encik KennethPesuruhjaya Daerah (Zon Sentul) - Encik ChenteralPesuruhjaya Daerah (Zon Pudu) - Encik SaifulBagi melicinkan pentadbiran yang baru ini beberapa tindakan segera perlu di buat dengan seberapa segera:

1. Pen Pesuruhjaya Negeri (Pentadbiran) di kehendaki:

  • a. Mengeluarkan surat perlantikan PD-PD baru.
  • b. Mengeluarkan surat Pembatalan Tauliah PD-PD yang Lama.
  • c. Memohon Tauliah Baru bagi keempat-empat PD-Pd yang Baru.
  • d. Membuat surat perkeliling bagi semua sekolah diKuala Lumpur termasuk semua Jabatan dan PPD bagi mengumumkan jawatan-jawatan Penting dan cara berhubung bagi PN, PPN (Pentadbiran), PD-PD PPMWPKL.
  • e. Mengesa PD-PD Baru Mendaftarkan Daerah baru dan mohon batalkan daerah lama dengan Ibu pejabat PPM.
  • f. Mengujudkan buku daftar bagi Daerah (Untuk PPD), Kumpulan, Pemimpin. Buku ini hendaklah mengadungi data-data yang lengakap.

2. PD-PD baru dikehendaki melaksanakan perkara berikut:

  • a. Mendaftar Daerah baru Masing-Masing. Alamat surat meyurat hendaklah di Ibu pejabat Negeri.
  • b. Melantik PPD(Jabatan Pendidikan) sebagai Pesuruhjaya Kehormat.
  • c. Menubuhkan Majlis Pengakap Daerah yang terdiri yang di pilih iaitu seorang YDP, Seorang Pengerusi, Seorang Bendahari, seorang Setiausaha, PD daerah itu sendiri dan tiga orang PPD yang dilantik oleh PD setelah mendapat kelulusan PN. PPD(Jabatan Pendidikan) boleh di lantik sebagai Pengerusi atau timbalan pengerusi. Mereka yang di pilih hendaklah mendapat kelulusan PN sebelem Sijil atau surat perlatikan akan di keluarkan.
  • d. Semua PD-PD baru di kehendaki berhubung dengan PD-PD yang lama di mana kawasan/daerah berkenaan bertindih dan memohon mereka samaada masih berminat untuk berkhidmat dibawah PD-PD yang baru. Setiap Daerah hendak lah mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang PPD dari sekolah Menengah dan 3 orang PPD dari sekolah rendah. Semua PPD yang baru hendaklah di majukan kepada PN melalui PPN Pentadbiran untuk kelulusan terlebihdahulu. Satu sesi temuduga pelantikan akan diadakan. Pastikan semua Pemimpin mendapat tauliah.
  • e. Setiap PD juaga dikehendaki memberi jawatan tambahan kepada PPDnya darihal Pentadbiran, Latihan dan Program.
  • f.Menyusun semula nombor-nombor kumpulan mengikut siri yang asal bagi Kuala Lumpur dan tidak lagi mengikut daerah. Semua sekolah-sekolah yang baru selepas antara 1974-1980 hingga kini akan di beri nomborkumpulan yang baru dan akan di koordinasikan oleh PPN Pentadbiran. Bagi Lencana Bahu, mulai dari sekarang, hanya mengunakan Perkataan Kuala Lumpur dan Nombor kumpulan sahaja, nama daerah tidak di gunakan lagi. Satu pentanda khas yang akan digunakan akan di beritahu kelak.
  • g. Setiap PD-PD hendaklah membaca semula Visi, Misi dan Strategi PPMWPKL dan ujudkan Objektif-objektif bagi melaksanakannya mengikut tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012.
  • h.Pastikan semua kumpulan dibawah daerah masing di daftarkan mengikut arahan terkini (online)i. Dari masa ke semasa PN akan mengarah PPN tertentu untuk berurusan secara terus dengan PD-PD.j. PD-PD mempunyai Pejabat dan Meja di Ibu Pejabat Negeri. Gunakan Pejabat ini dengan sepenuhnya.

Sila Laksanakan Tugas-tugas ini dengan seberapa segera. Lebih banyak tugas-tugas lain akan menyusul.

Sekian Salam Pengakap

Mej Hj Mior Rosli Bin Dato Hj Mior Mohd Jaafar

Pesuruhjaya Negeri Wilayah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment