Saturday, April 10, 2010

Maklumat Pendaftaran

Prosedur Pendaftaran Kumpulan Pengakap

Kumpulan Pengakap
PPM-1(A)
PPM-1(B)
PPM-2(A)


Krew Kelana
PPM-1(B)
PPM-2(B)


PPM Negeri / Daerah
PPM-1(B)
PPM-2(C)

Mula dengan:-
Muat turun borang PPM-1(A) dan PPM-1(B).
Cetak dan agihkan borang PPM-1(A) kepada ahli untuk diisi.
Cetak dan agihkan borang PPM-1(B) kepada Pemimpin / Penolong Pemimpin / Ahli Jawatankuasa Kumpulan untuk diisi.
Kumpulkan borang PPM-1(A) dan PPM-1(B) yang telah siap diisi.
Muat turun fail Microsoft® Excel PPM-2(A).
Isikan fail Microsoft® Excel PPM-2(A) dengan maklumat ahli yang dikumpul dari borang PPM-1(A) dan PPM-1(B).
Cetak borang PPM-2(A) –Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli dari helaian terakhir dalam fail Microsoft® Excel PPM-2(A).
Tanda tangan borang tersebut dan hantarkan satu salinan kepada PPM Daerah dan PPM Negeri.
Buat pembayaran yuran (jumlah seperti yang dinyatakan dalam PPM-2(A)) terus ke akaun “PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH ZON SENTUL” di CIMB BANK, No Akaun : 1408-1206536-05-8
Hantarkan fail Microsoft® Excel PPM-2(A) melalui emel kepada chenteral_scout@yahoo.com, sjeevams@gmail.com / timmy@klscout.org
Dalam emel tersebut sila sertakan maklumat dibawah:
Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan :

No. Kumpulan :

PPM Daerah :

PPM Negeri :

Jumlah Yuran :

PANDUAN MENGISI FAIL MICROSOFT® EXCEL PPM-2(A)
BAGI PENDAFTARAN KUMPULAN PENGAKAP
Borang ini hendaklah diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
Panduan ini merujuk kepada Bahagian/Helaian di dalam fail Microsoft® Excel PPM-2(A).
Anda boleh klik <<>> untuk ke helaian seterusnya.
(A) ARAHAN
Mengandungi arahan dan panduan untuk Pendaftaran Ahli Pengakap Tahun 2009
(B) KUMP – [MAKLUMAT KUMPULAN]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat kumpulan dan maklumat pembayaran yuran :
MAKLUMAT KUMPULAN
No. Kumpulan
Isi No Kumpulan.
PPM Daerah
Isi PPM Daerah dimana Kumpulan didaftarkan.
PPM Negeri
Pilih dari senarai, PPM Negeri dimana Kumpulan didaftarkan.
Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan
Isi Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan jika berkenaan.
Alamat Kumpulan
Isi alamat surat-menyurat terkini kumpulan.
Poskod
Isi Poskod untuk alamat kumpulan.
Bandar
Isi Bandar untuk alamat kumpulan (jika berkenaan).
Negeri
Isi Negeri untuk alamat kumpulan.
No. Telefon
Isi No. Telefon untuk dihubungi.
No. Faks
Isi No. Faks (jika ada)
Alamat E-mel
Isi alamat E-mel (jika ada)
No. Pendaftaran Kumpulan
Bagi kumpulan sedia ada yang memperbaharui pendaftaran ahli,
isikan No.Pendaftaran Kumpulan.
Bagi kumpulan baru yang belum pernah berdaftar, biarkan kosong.
MAKLUMAT PEMBAYARAN
Jenis Pendaftaran
Pilih Jenis Pendaftaran, sama ada PEMBAHARUAN atau PENDAFTARAN BARU.
Pendaftaran baru adalah untuk kumpulan baru yang mendaftar untuk kali pertama.
Jumlah Bayaran
Isi jumlah bayaran yang dibuat. Amaun ini dipetik dari borang
PPM-2(A) – Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli.
Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran dibuat
No. Rujukan Pembayaran
Isikan No. Rujukan Pembayaran yang didapati dari Resit/Slip Deposit
Kaedah Pembayaran
Pilih Kaedah Pembayaran, sama ada CEK atau TUNAI.
No. Cek / Bank Draf / Wang Pos
Sekiranya pembayaran dibuat melalui Cek, Bank Draf atau Wang Pos sila isikan
nama bank dan nombor Cek / Bank Draf / Wang Pos tersebut.
(C) PEMIMPIN – [SENARAI NAMA PEMIMPIN / PEN. PEMIMPIN
/ AHLI JAWATANKUASA KUMPULAN]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat semua Pemimpin,
Penolong Pemimpin dan Ahli Jawatankuasa Kumpulan.
Nama Penuh
Isikan nama seperti dalam Kad Pengenalan, dengan menggunakan HURUF BESAR.
No. K.P.
Isikan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Polis / Nombor Tentera / Passport.
Jangan masukkan jarak atau sengkang.
Jantina
Pilih Jantina dari senarai, sama ada Lelaki atau Perempuan.
Keturunan
Pilih Keturunan dari senarai. Jika tidak disenaraikan, pilih Lain-Lain.
Tarikh Lahir
Isikan tarikh lahir.
(D) PENGAKAP – [SENARAI NAMA AHLI PENGAKAP]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat semua ahli pengakap.
Nama Penuh
Isikan nama seperti dalam Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran / Passport,
dengan menggunakan HURUF BESAR.
No. K.P.
Isikan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Sijil Kelahiran / Passport.
Jangan masukkan jarak atau sengkang.
Jantina
Pilih Jantina dari senarai, sama ada Lelaki atau Perempuan.
Keturunan
Pilih Keturunan dari senarai. Jika tidak disenaraikan, pilih Lain-Lain.
Tarikh Lahir
Isikan tarikh lahir ahli.
(E) BORANG – [PPM-2(A)]
Sila cetak Borang PPM-2(A) - Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli
untuk ditandatangan. Satu salinan haruslah dihantar kepada PPM Daerah / PPM
Negeri

Pengakap 2010

Salam pengakap,

Tahun 2009 sudah berlalu dan tahun 2010 telah melepasi 3 bulan.

Saya meminta semua kumpulan dan pasukan pengakap kelana agar mendaftar dengan segera sebelum bulan April 2010.

Kami sedang membuat adjustment dalam orginasi sentul dan mengaturkan beberapa program untuk daerah sentul. Maklumat "Latest Program/Activities Zon Sentul"

Saya menyeru semua pemimpin supaya dapat membawa ahli pengakap Kanak-kanak mencapai Keris emas, Pengakap Remaja keperingkat Raja dan Kelana keperingkat BP award.

2010 agar memberi kejaya bagi semua ahli pengakap di seluruh dunia

Sekian

1 pengakap 1 malaysia

Chenteral velo
DC Zon Sentul

Thursday, April 8, 2010

Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Malaysia Daerah Sentul

Salam Pengakap,

Saya Chenteral Velo selaku Pesuruhjaya Daerah Sentul ingin menjemput semua ahli majlis pengakap daerah sentul dan semua ahli jawatankuasa pengakap daerah sentul untuk hadir Mesyuarat Majlis Pengakap Daerah bagi kali yang kedua pada 11/4/2010, masa 2.45 petang di Dewan Rekrasi, Taman Sejahtera, Segambut, Kuala Lumpur.

Semua hadirin mesti memakai pakaian pegakap lengkap.

Kami juga menganugerakan Sijil Cemerlang Akademik kepada pelajar yang berjaya dalam akademik dan pengakap pada hari yang sama. (17 peserta) - mesti pakai pakaian pengakap lengkap.

Detail of Akademic Award for Scout Student – Daerah Sentul
Sijil Akademik Pengakap – Pelajar Cemerlang – Majlis Pengakap Daerah Sentul

UPSR - 7A

SJKT - Edinburgh, bukit maluri, kepong
1. Putheneswaran A/L Selvakumaran
2. Yogarani A/P Janthira sekaran
3. Yurenia A/P Rajenran
4. Arishwary A/P Aparames kumar
5. Sharwind A/L Raman
6. Krishnabalan A/L Balasathiran

PMR - 8A & 9A

SMJK Chong Hwa – Jalan Genting Klang
7. Chang Jing Khai
8. Sim Hoi Ling -

SMKA, Kepong, KL
9. Nurin Faqihah bt Aliman
10.Aisyatul Rasyidah bt Roslan
11. Farihan bt Mohamad
12. Hani Syamimi bt Hamzah
13. Nur Hamizah Syazwani bt Ismail

Bandar Baru Sentul
14. Siti Nurdiana Binti Hamidi

SPM - 11A

SMK Bukit Maluri, Kepong
15. Yap Wi Hong

SMKA, Kepong. KL
16. Azri bin Azmi
17. Megat Akmal Fikri bin Megat Kamil Azmi

Semua peserta mesti memberi jawapan kedatangan dengan menulis melaui email - chenteral_scout@yahoo.com / Sms - Akademik UPSR - (Nama) 7A akan hadir (telephone number) 012-2343446 sebelum 9hb March 2010

Terima Kasih

Chenteral velo
DC Daerah Sentul

Berita Terkini - Scout

Salam Pengakap

1.
Manikayu Peringkat 3A & 3B akan diadakan pada 9 - 11/4/2010 di sekolah rendah jenis keb. Chong Hwa, Jalan Pahang.
Sila dapatkan maklumat dari http://www.klscout.org.com/

2.
Pengakap Daerah Sentul akan mengadakan perkhemahan muda & remaja pada 7 - 9/5/2010
Di templer park untuk pengakap daerah sentul. Sila hantar nama/ic no/contact no./sek/no kumpulan sebelum 25hb March 2010.

3.
Bakal pengakap raja yang ingin mendapat bantuan dalam ujian sikap juga boleh melibatkan diri dalam perkhemahan ini. Tetapi mesti mendaftar nama masing-masing seperti perkara no 2.
anda perlu beri keputusan sebelum 25hb March 2010. ia bergantung kepada berapa ahli yang ingin melibatkan diri.

4.
Jamboree 1 Belia akan diadakan di putra jaya pada 13 - 1 5/2010.
Peserta hanya perlu bawa khemah. Tempat tinggal dan makan diberi oleh pengelola.
Transport ke destinasi perlu diaturkan oleh peserta.
Ketua kontigen adalah encik Halim (DC Zon Keramat)

5.
Diminta semua kumpulan mendaftarkan kumpulan dan ahli kumpulan mengikut nombor baru kumpulan - mengikut zon. Jika anda tidak mendaftar maka anda akan melangari undang-undang POR pengakap.

Selamat maju jaya semua ahli pengakap.

Chenteral velo
DC Sentul

Saturday, April 3, 2010

Mesyuarat Agung - Zon Sentul 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA ZON SENTUL TAHUN 2010

Merujuk kepada perkara diatas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Pengakap Malaysia Daerah Zon Sentul 2010 akan diadakan pada:

i) Tarikh : 11hb April 2010 (Ahad)
ii) Masa : 3.00 Petang
iii) Tempat : Dewan, Pusat Rekreasi Kepong,
No 44 Jalan 12/42 Taman Sejahtera Segambut 51200 Kuala Lumpur

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan aluan oleh DC Pengakap Daerah Zon Sentul
2.2 Ucapan Khas oleh Pengerusi
2.3 Peramian Mesyuarat Agung 2010 oleh YDP
2.4 Membentang dan Mengesahkan minit mesyuarat agung 2009
2.5 Membentang laporan tahunan
2.6 Membentang dan mengesahkan laporan kewangan 2009
2.7 Perkara berbangkit

3. Tuan/Puan dijemput hadir ke mesyuarat ini. Sila pastikan kehadiran anda dengan Encik Manimaran (013-3456729) bagi membolehkan kami megaturkan perkara-perkara yang sepatutnya. Kehadiran anda adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Manimaran Sinnakanoo
Setiausaha Kehormat

s.k. Chenteral Velo
Pesuruhjaya Daerah