Saturday, February 25, 2012

Friday, February 17, 2012












Pemimpin² Pengakap Zon Sentul,

Guru² Pengakap Zon Sentul,

ADC Pengakap Zon Sentul,

Kelana Pengakap Zon Sentul,



Salam Pengakap ,


PERHIMPUNAN PENGAKAP ZON SENTUL BERSEMPENA HARI PENGASAS KE-155

Merujuk kepada perkara diatas ,  Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sentul ingin menjemput Tuan / Puan ke Program Perhimpunan Hari Pengasas ke 155 anjuran PPM Daerah Sentul dimana kelulusan dari Pejabat Pelajaran Daerah seperti yang dilampirkan. 


 
Berikut adalah butiran program ;

Tarikh    : 25feb2012
Masa     : 8 pagi - 12.30tgh (pendaftaran 8.00pagi-8.30pagi)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Ipoh
Pakaian : Uniform Pengakap
Yuran    : RM 2 (Sijil & Aktiviti)
Aktiviti : Berkonsepkan Karnival Sukaneka antaranya Tuju Tin , Sepak Takraw , Bola Sepak , Hoki ,  Bola Keranjang, Ikatan , Permainan KIMs , dan banyak lagi permainan yang menarik serta hadiah menarik turut disediakan.
 
Sehubungan itu, PPM Daerah Sentul amatlah menghargai penglibatan para pengakap dari sekolah Tuan / Puan dalam menjayakan program yang julung kali diadakan ini. Pihak kami berharapan untuk mendapatkan maklumbalas kehadiran sebelum 18Feb2012. Sila isikan borang penyertaan yang dilampirkan dan sila emailkan ke pengakapsentul@gmail.com atau fakskan ke SMK(P) Jalan Ipoh (u.p Cik Rozita) ditalian faks 0362573368. Ia akan memudahkan pihak kami untuk menguruskan pendaftaran penyertaan berkumpulan serta urusan sijil. Yuran RM2 bagi setiap peserta perlu dijelaskan di kaunter pendaftaran Program pada jam 8 – 8.30pm pada hari tersebut. Bayaran berbentuk cek juga diterima , berikut adalah butirannya ;



Nama Akaun      : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Zon Sentul
No Akaun            :  1408-1206536-05-8

Nama Bank         :  CIMB



Untuk makluman juga , Kaunter Pendaftaran Kumpulan Pengakap turut diadakan pada hari berkenaan, semua Pemimpin Pengakap Zon Sentul amatlah dialu-alukan untuk melawat ke kaunter Pendaftaran Kumpulan bagi Sessi 2012 bagi urusan pendaftaran kumpulan anda bagi tahun 2012. Segala permasalahan atau perkara berbangkit perihal pendaftaran boleh dibuat pada kaunter tersebut yang bakal dikendalikan oleh ADC Pentadbiran PPM Daerah Sentul En. Danny Yue (012-3059306). Sila bawa bersama borang – borang berkaitan pendaftaran serta slip bayaran yang telah dibuat dan sila serahkan pada kaunter.



Sekiranya ada persoalan dan inginkan makluman lanjut sila hubungi Cikgu Rozita ditalian 019-4377031. Segala kerjamasa serta sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan Terima Kasih.

# Tolong panjangkan email/maklumat ini kepada rakan guru/pemimpin pengakap sekolah sekitar Zon Sentul


Sekian ,

Sekretariat Program,

Perhimpunan Hari Pengasas ke 155 anjuran PPM Daerah Sentul