Wednesday, January 21, 2009

King Scout - fast track meeting

Saudara dan Saudari,

Program Khas Ke Arah Pengakap Raja Sesi 2009 dijangkakan untuk bermula pada 7-2-2009 supaya peserta-peserta sempat siap lencana-lencana berkenaan untuk Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja pada bulan November / Disember 2009.

Mesyuarat Khas 1/09 untuk Program Khas Ke Arah Pengakap Raja Sesi 2009 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 17-1-2009 dari pukul 6:00 petang hingga 8:00 petang
Tempat : B-P House
Ajenda :

(A) Organisasi
(i) Penubuhan Sekretariat untuk menguruskan pendaftaran pengakap, keizinan ibubapa pengakap dan insuran;
(ii) Perlantikan Jawatankuasa Kecil Kebendaharaan untuk menyimpan akaun; dan
(iii) Soal Makanan dan Minuman untuk Peserta dan para Pesuruhjaya dan Pembimbing.

(B) Penubuhan Jawatankuasa Kecil Penerbitan untuk menguruskan penerbitan buku-buku rujukan dan panduan kepengakapan yang akan disebarkan semasa Program Khas.

(C) Perlantikan Setiausaha Lencana untuk menyimpan rekod dan sijil untuk peserta dan menguruskan pemberian lencana dan sijil.

(D) Penyebaran Buku Pengenalan dan Pengesahan Bilangan Peserta.

(E) Pengesahan Tarikh-tarikh untuk Latihan dan Pengagihan kerja serta Perlantikan Pesuruhjaya Bertugas dan Jawatankuasa Kecil untuk setiap sesi berikut :

(1) Sesi untuk
(i) PRINSIP-PRINSIP KEPENGAKAPAN DAN CITA-CITA PENGAKAP
(ii) HOBI, KRAFTANGAN, PERSAHABATAN DAN KEPIMPINAN

(2) Sesi untuk
(i) ASAS PEMBARISAN DAN BENDERA
(ii) KECERGASAN & KESEGARAN JASMANI

(3) ILMU PERINTIS & SIMPULAN DAN IKATAN

(4) KUARTERMASTER;

(5) KEM PENGEMBARA [dijangkakan untuk diadakan semasa cuti pertengahan tahun] untuk merangkumi :
(i) PERKHEMAHAN
(ii) MEMASAK DAN API
(iii) IKHTIAR HIDUP
(iv) EKSPEDISI DAN PEMETAAN;

(6) PERKHIDMATAN di mana bahagian-bahagian utama adalah Pertolongan Cemas, Life Saving dan Kursus Asas Kebombaan.

Sila sebarkan makluman ini. Semua yang bersedia untuk berkhidmat dalam perjalanan latihan adalah dijemput hadir. Pengakap Raja lepas, Pengakap Kelana dan Pemimpin yang berminat juga dijemput hadir. Tertakluk kepada kesesuaian dan pengesahan daripada Pesuruhjaya Negeri, Pengakap Raja lepas, Pengakap Kelana dan Pemimpin yang berminat akan ditugaskan untuk menjalankan latihan tersebut bersama Pesuruhjaya-pesuruhjaya.

Saya juga akan mencadangkan agar Pengakap Kelana yang membantu dalam Program Khas ini sebagai pembimbing lulus ujian-ujian tertentu di bawah B-P's Award.

Terima kasih.

Teh Eng Lay
Pengerusi Latihan Khas Pengakap Raja 2009

No comments:

Post a Comment