Tuesday, April 10, 2012

Kem Bakal Kelana & Kem Ujian Sikap

YBu. Pengetua Sekolah Menengah (Daerah Zon Sentul),

PERKHEMAHAN ASAS PENGAKAP KELANA DAERAH SENTUL & KEM SIKAP BAKAL PENGAKAP RAJA DAERAH SENTUL

Dengan segala hormatnya dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sentul WPKL (PPMDSWPKL) akan menganjurkan Program seperti maklumat berikut;

Tarikh :
21 - 22 April 2012 (Kem Bakal Kelana), 20 - 22April 2012 (Kem Ujian Sikap)

Tempat :
SMK Maxwell

Yuran :
Kem Bakal Kelana - RM 20 (termasuk makan & minum, tidak termasuk epolet),
Kem Ujian Sikap - RM35 (tidak termasuk buluh, makan & minum)

Penyertaan :
120 Pengakap Kelana (Pengakap yang merupakan pelajar Tingakatan 6)
20 Ahli Pengakap Bakal Pengakap Raja

2. Sehubungan dengan ini pihak PPM Daerah Sentul memohon jasa baik pihak Tuan/Puan menyokong program ini dengan memberikan kelulusan bagi peserta serta pemimpin untuk menjayakan program ini.

3. Sehubungan itu, sebarang maklumbalas serta maklumat lanjut boleh menerusi faks U/P En.Desmond Chan, SMK Maxwell ditalian faks 03-40446057 atau hubungi 012-2256297. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahuli dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGERA MELALUI KEPENGAKAPAN’

Yang Menjalankan Tugas,

CHENTRAL VELO
Pesuruhujaya Pengakap Daerah Sentul


SENARAI KEPERLUAN PERKHEMAHAN
1. Uniform Pengakap Lengkap
2. Pakaian Sukan
3. Tali Pengakap
4. Tali Guni (Bagi Peserta Ujian Sikap SAHAJA)
5. Tali Rafia
6. Alat Tulis
7. Buku Log
8. Khemah
9. Sleeping Bag
10. Baju Hujan
11. Peti Pertolongan Cemas Peribadi / Ubatan Peribadi
12. Kompas (Bagi Peserta Ujian Sikap SAHAJA)
13. Bekalan Makanan & Minuman Peribadi
14. Plaster of Paris
15. Lampu Suluh
16. Kasut Sukan
17. Peralatan Mandi Peribadi
18. Tongkat (Bagi Peserta Ujian Sikap SAHAJA)
19. Buluh yang mencukupi (Bagi Peserta Ujian Sikap SAHAJA)
20. Barang-barang lain mengikut keperluan

# Dilarang membawa peralatan yang berharga , pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakkan atau kehilangan harta benda peserta

No comments:

Post a Comment