Tuesday, April 24, 2012

Pertandingan Paintball PPM 2012

Tarikh : 19-20 Mei 2012
Tempat : Hutan simpan puchong
Yuran RM250/pax (makan/pallet/khemah/semua kelengkapan disediakan)|  Per team 5 org
Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia
Hadiah  : RM1,000 , pemenang akan ke Pertandingan Paintball Hari Belia Nanti
Tarikh Tutup : 7 Mei 2012
Syarat : Ahli Kelana yang berdaftar serta sihat tubuh badan

Sekiranya berminat sila hantarkan nama , No IC dan Nama Krew ke pengakapsentul@gmail.com

Kem Sikap

Tarikh : 20- 22.4.2012
Tempat : SMK Maxwell
Yuran : RM35/calon (termasuk Buluh)

Seramai 13 Calon telah menyertai Ujian Sikap pada tahun ini.







Kem Lencana Keahlian dan Virgil Kelana 2012



Tarikh : 21 & 22-4-2012
Tempat : SMK Maxwell



Yuran : RM20 (termasuk Sijil dan Makan)


Seramai 42 Peserta yang terdiri daripada SMK Maxwell , SMK Raja Abudllah, Kelana H dan Kelana E telah berjaya mendapatkan Lencana Keahlian serta telah melalui Virgil.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada SMK Maxwell kerana memberi kerjasama serta kelulusan pengunaan premis sekolah. Tahniah ADC Kelana Cikgu Desmond Chan atas kejayaan Program dikelolakan dengan sokangan padu Kelana E Sentul serta Penceramah jemputan yang terlibat  En. Hilmi Abu Bakar selaku Pemangku ASC Kelana.

Saturday, April 14, 2012

Sessi Persiapan Bakal Pengakap Raja Daerah Sentul

Tarikh : 14-4-2012
Masa : 1500hrs-1730hrs
Tempat : SMK Maxwell
Nota : Semua calon perlu melengkapkan Borang Serahan Buku Log semasa menyerahkan buku log pada Ujian Sikap akan datang (dua salinan borang diperlukan)



Berikut adalah calon yang hadir ;
1. Chan Wai Kin (Troop142)
2. Bong Hung Fatt (Troop142)
3. Ng Hung Bin (Troop142)
4. Adrian Lau (Troop 79)
5. Lee Wen Mei (Troop 79)
6. Hoi Bau Qi (Troop 79)
7. Liew Ger Shin (Troop 79)
8. Ngew You Xuan (Troop 79)
9. Gan Hui Yi (Troop 173)
10. Chan Ching Wei (Troop 139)
11. Sum Chern Chung (Troop 139)
12. Saw Yong Soon (Troop 139)
13. Yap Joel (Troop Troop 289)
14. Tian Chen Thong (Troop 289)

Calon yang tidak dapat hadir besebab;
1. Foo Wooi Loon (Troop 139)

Dikendalikan oleh
1. DC Chentral Velo
2. ADC Danny Yue
3. ADC Desmond Chan
4. ADC Arvind Danapalan
5. ADC Andy Cheong
6. GSM Timmy Foo
7. SM Stella Lai

Turut Hadir
1. ASC Soh Chee Wei
2. ASC Abdul Jalil Abdul Samad

Wednesday, April 11, 2012

Taklimat Berpusat Pendaftaran Pengakap WPKL

Tarikh :
18 April 2012* (Rabu)

Tempat :
Auditorium Tan Sri Rafie, Jabatan Pelajaran WPKL, Persiaran Duta,
Off Jalan Duta, Kuala Lumpur*


Masa : 2.30 petang

Nama Penolong Pesuruhjaya yang terlibat :
Puan Rohani binti Haji Ahmad (Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri-Pentadbiran)
Encik Danny Yue (Pen.Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sentul - Pentadbiran I)
Cik Roznita Azami (Pen.Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sentul - Pentadbiran II)


Sasaran :
Guru Pemimpin Pengakap Sekolah-Sekolah WP Kuala Lumpur termasuk sekolah-sekolah swasta/ persendirian

Tujuan :
i.Memberi penerangan mengenai cara-cara pendaftaran serta kepentingan mendaftar kumpulan pengakap
ii.Mengutip bayaran dan borang pendaftaran

Tuesday, April 10, 2012

Seminar Selangkah ke Pengakap Raja

Perhatian kepada semua Bakal Pengakap Raja & Pemimpin yang berminat untuk menghadiri Seminar Sehari "Selangkah ke Pengakap Raja" seperti berikut;

Tarikh : 22 April 2012
Anjuran : Pasukan Latihan PPMWPKL
Peringkat : Negeri
Tempat : SMK Raja Abdullah
Masa : akan di maklumkan
Yuran : RM 10
Penyertaan : Bakal Pengakap Raja, Pemimpin dan juga mana-mana pengakap yang berminat
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pengakap Raja.

Maklumat lanjut akan dikemaskini.

MESYUARAT PENUBUHAN MAJLIS PENGAKAP KELANA DAERAH SENTUL TAHUN 2012

Pesuruhjaya Daerah Sentul,
Pemimpin Kumpulan Kelana
Ketua Krew Kelana
Ahli Kelana

Tuan,

MESYUARAT PENUBUHAN MAJLIS PENGAKAP KELANA DAERAH SENTUL TAHUN 2012

Merujuk perkara di atas,

Suka cita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Majlis Pengakap Kelana Daerah Sentul akan diadakan pada

i) Tarikh : 22.04.2012

ii) Masa : 02.00 Petang

iii) Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut :

2.1 Ucapan aluan oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah Sentul –Kelana
2.2 Perasmian Mesyuarat Majlis Pengakap Kelana Daerah Sentul 2012 oleh Pesuruhjaya Daerah Sentul
2.3 Pemilihan Jawatan Kuasa Majlis Pengakap Kelana Daerah Sentul 2012
2.4 Perkara berbangkit
2.5 Ucapan khas Pengerusi Majlis Pengakap Kelana Daerah Sentul 2012

3. Sehubungan dengan itu, Tuan dijemput hadir ke mesyuarat ini .Sila pastikan kehadiran Tuan kepada Encik Najib Jasmani (Pen Pesuruhjaya Daerah-PM) ditalian 017-399 2930 bagi membolehkan kami menyediakan perkara-perkara berkenaan .Kehadiran Tuan amatlah kami hargai.

Sekian,Terima Kasih

Yang Menjalankan Tugas



En Desmond Chan
Penolong Pesuruhjaya Daerah Sentul-Kelana

Kem Bakal Kelana & Kem Ujian Sikap

YBu. Pengetua Sekolah Menengah (Daerah Zon Sentul),

PERKHEMAHAN ASAS PENGAKAP KELANA DAERAH SENTUL & KEM SIKAP BAKAL PENGAKAP RAJA DAERAH SENTUL

Dengan segala hormatnya dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sentul WPKL (PPMDSWPKL) akan menganjurkan Program seperti maklumat berikut;

Tarikh :
21 - 22 April 2012 (Kem Bakal Kelana), 20 - 22April 2012 (Kem Ujian Sikap)

Tempat :
SMK Maxwell

Yuran :
Kem Bakal Kelana - RM 20 (termasuk makan & minum, tidak termasuk epolet),
Kem Ujian Sikap - RM35 (tidak termasuk buluh, makan & minum)

Penyertaan :
120 Pengakap Kelana (Pengakap yang merupakan pelajar Tingakatan 6)
20 Ahli Pengakap Bakal Pengakap Raja

2. Sehubungan dengan ini pihak PPM Daerah Sentul memohon jasa baik pihak Tuan/Puan menyokong program ini dengan memberikan kelulusan bagi peserta serta pemimpin untuk menjayakan program ini.

3. Sehubungan itu, sebarang maklumbalas serta maklumat lanjut boleh menerusi faks U/P En.Desmond Chan, SMK Maxwell ditalian faks 03-40446057 atau hubungi 012-2256297. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahuli dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGERA MELALUI KEPENGAKAPAN’

Yang Menjalankan Tugas,

CHENTRAL VELO
Pesuruhujaya Pengakap Daerah Sentul


SENARAI KEPERLUAN PERKHEMAHAN
1. Uniform Pengakap Lengkap
2. Pakaian Sukan
3. Tali Pengakap
4. Tali Guni (Bagi Peserta Ujian Sikap SAHAJA)
5. Tali Rafia
6. Alat Tulis
7. Buku Log
8. Khemah
9. Sleeping Bag
10. Baju Hujan
11. Peti Pertolongan Cemas Peribadi / Ubatan Peribadi
12. Kompas (Bagi Peserta Ujian Sikap SAHAJA)
13. Bekalan Makanan & Minuman Peribadi
14. Plaster of Paris
15. Lampu Suluh
16. Kasut Sukan
17. Peralatan Mandi Peribadi
18. Tongkat (Bagi Peserta Ujian Sikap SAHAJA)
19. Buluh yang mencukupi (Bagi Peserta Ujian Sikap SAHAJA)
20. Barang-barang lain mengikut keperluan

# Dilarang membawa peralatan yang berharga , pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakkan atau kehilangan harta benda peserta

Monday, April 9, 2012

ANUGERAH PINGAT KECERMERLANGAN AKADEMIK PPM

dikemaskini 10/4/2012

ANUGERAH PINGAT KECERMERLANGAN AKADEMIK PPM BAGI PENGAKAP KANAK-KANAK, MUDA, REMAJA DAN KELANA BAGI TAHUN 2011Kepada semua Pegakap Kanak-kanak, Muda, Remaja dan Kelana yang mengambil Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM tahun 2011 yang mendapat kelulusan cemerlang boleh memohon Pingat Kecemerlangan Akademik Pengakap mengikut syarat-syarat seperti berikut;

1. Merupakan ahli pengakap berdaftar di Negeri WPKL. Sila kemukakan salinan kad pendaftaran ahli PPMPWKL 2010/2011

2. Salinan Slip Keputusan Peperiksaan yang telah disahkan salinanya oleh Pengetua/Guru Besar.
3. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran

4. Surat Pengesahan / Surat Sokongan dari Pengetua / Guru Besar sekolah bahawa calon adlah pelajar adalah aktif didalam akademik dan kokurikulum serta berkelakuan baik.

5. Salinan sijil-sijil pengakap yang melayakkan mendapat rambu biru/hijau/kuning atau apa-apa sijil penyertaan yang dapat membuktikan bahawa calon adalah bergiat AKTIF dalam kepengakapan.

SEMUA Permohonan serta dokumen yang senaraikan diatas perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah, En.Chentral Velo

Sila muat turun borang sini. Untuk permohonan serta sebarang maklumat lanjut sila emailkan ke pengakapsentul@gmail.com sebelum 18 April 2012

Thursday, April 5, 2012

Rovermoot Selangor 2012

Salam  Pengakap,

Kepada semua Kelana Sentul yang ingin mewakili PPMWPKL ke Rovermoot Selangor sila lengkapkan borang penyertaan anda ke pengakapsentul@gmail.com sebelum 20April2012,
Borang Penyertaan , Surat Siaran PPM , Surat KPM
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Desmond (ADC Kelana) ditalian 0122256297

 Berikut adalah tarikan program;

AKTIVITI ROVERMOOT SELANGOR

AKTIVITI AIR
- Water Confident
- Battle / Perang
- Target / Sasaran
- Kayak
- Tubing
- Rentas Air

AKTIVITI MERENTAS HUTAN

AKTIVITI ‘PAINT BALL’

KHIDMAT MASYARAKAT
- Tanam Pokok
- Kebersihan Setempat
- Aktiviti Kemasyarakatan

KOMUNIKASI

KEBUDAYAAN

PAMERAN
- Radio Amatur
- Semapore
- Pameran

Sunday, March 25, 2012

Mesyuarat AGM Majlis Pengakap Sentul


Tahniah Y.Bhg. Dato' Dr. Ir. Haji Abdul Rashid Maidin, YDP Majlis Pengakap Daerah Sentul 2012/2013



Ahli Majlis 2012/2013

Terima Kasih Dato Senator Haji Rizuan (YDP 2010/2011)



Hadirin Mesyuarat AGM Kali Ke-2 Majlis Pengakap Sentul

Wednesday, March 14, 2012

Saturday, February 25, 2012

Laporan Program Hari Pengasas


Keratan Akhbar The Star



Keratan Akhbar Sinar Harian



Friday, February 17, 2012












Pemimpin² Pengakap Zon Sentul,

Guru² Pengakap Zon Sentul,

ADC Pengakap Zon Sentul,

Kelana Pengakap Zon Sentul,



Salam Pengakap ,


PERHIMPUNAN PENGAKAP ZON SENTUL BERSEMPENA HARI PENGASAS KE-155

Merujuk kepada perkara diatas ,  Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sentul ingin menjemput Tuan / Puan ke Program Perhimpunan Hari Pengasas ke 155 anjuran PPM Daerah Sentul dimana kelulusan dari Pejabat Pelajaran Daerah seperti yang dilampirkan. 


 
Berikut adalah butiran program ;

Tarikh    : 25feb2012
Masa     : 8 pagi - 12.30tgh (pendaftaran 8.00pagi-8.30pagi)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Ipoh
Pakaian : Uniform Pengakap
Yuran    : RM 2 (Sijil & Aktiviti)
Aktiviti : Berkonsepkan Karnival Sukaneka antaranya Tuju Tin , Sepak Takraw , Bola Sepak , Hoki ,  Bola Keranjang, Ikatan , Permainan KIMs , dan banyak lagi permainan yang menarik serta hadiah menarik turut disediakan.
 
Sehubungan itu, PPM Daerah Sentul amatlah menghargai penglibatan para pengakap dari sekolah Tuan / Puan dalam menjayakan program yang julung kali diadakan ini. Pihak kami berharapan untuk mendapatkan maklumbalas kehadiran sebelum 18Feb2012. Sila isikan borang penyertaan yang dilampirkan dan sila emailkan ke pengakapsentul@gmail.com atau fakskan ke SMK(P) Jalan Ipoh (u.p Cik Rozita) ditalian faks 0362573368. Ia akan memudahkan pihak kami untuk menguruskan pendaftaran penyertaan berkumpulan serta urusan sijil. Yuran RM2 bagi setiap peserta perlu dijelaskan di kaunter pendaftaran Program pada jam 8 – 8.30pm pada hari tersebut. Bayaran berbentuk cek juga diterima , berikut adalah butirannya ;



Nama Akaun      : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Zon Sentul
No Akaun            :  1408-1206536-05-8

Nama Bank         :  CIMB



Untuk makluman juga , Kaunter Pendaftaran Kumpulan Pengakap turut diadakan pada hari berkenaan, semua Pemimpin Pengakap Zon Sentul amatlah dialu-alukan untuk melawat ke kaunter Pendaftaran Kumpulan bagi Sessi 2012 bagi urusan pendaftaran kumpulan anda bagi tahun 2012. Segala permasalahan atau perkara berbangkit perihal pendaftaran boleh dibuat pada kaunter tersebut yang bakal dikendalikan oleh ADC Pentadbiran PPM Daerah Sentul En. Danny Yue (012-3059306). Sila bawa bersama borang – borang berkaitan pendaftaran serta slip bayaran yang telah dibuat dan sila serahkan pada kaunter.



Sekiranya ada persoalan dan inginkan makluman lanjut sila hubungi Cikgu Rozita ditalian 019-4377031. Segala kerjamasa serta sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan Terima Kasih.

# Tolong panjangkan email/maklumat ini kepada rakan guru/pemimpin pengakap sekolah sekitar Zon Sentul


Sekian ,

Sekretariat Program,

Perhimpunan Hari Pengasas ke 155 anjuran PPM Daerah Sentul