Monday, June 21, 2010

Aktiviti Berbasikal Pengakap Muda dan Remaja Merentas Daerah Sentul Borang and Surat Kebenaran JPWPKL


AKTIVITI PENGAKAP BERBASIKAL MERENTAS ZON SENTUL 2010

Dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.



2. Sehubungan perkara di atas, Pergerakan Pengakap Zon Sentul dengan kerjasama Majlis Pengakap Zon Sentul akan mengadakan satu Aktitivi Berbasikal Merentas Zon Sentul bagi Pengakap Muda dan Remaja yang telah lulus mendapat Lencana Keahlian serta mempunyai kemahiran dan pengalaman mengayuh basikal selama enam bulan seperti butiran berikut :

Tarikh : 04hb Julai 2010
Hari : Ahad
Tempat : S.J.K (C) Chong Hwa, Jalan Genting Klang
Yuran : RM 25
Pendaftaran : 6:30 Pagi – 7:00 Pagi

3. Sehari sebelum aktiviti (3hb Julai 2010), peserta dikehendaki menghantar basikal yang sempurna sendiri ke S.J.K (C) Chong Hwa. Peserta juga dikendaki membawa botol air sendiri.

4. Seterusnya, yuran pembayaran ini adalah termasuk Sijil Aktiviti / Penyertaan, Lencana Aktiviti, Insuran, Makanan dan Minuman.

5. Bagi ahli peserta yang ingin menyertai aktiviti ini, perlu :
1.1 Mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjuran
1.2 Mengisikan borang penyertaan aktiviti
1.3 Mengisikan surat dan meminta kebenaran daripada ibu bapa

6. Aktiviti ini adalah dengan tujuan menggalakkan penyertaan para Pengakap Muda dan Remaja terutamanya Pengakap Muda bagi mendapatkan lencana-lencana serta mempromosikan pergerakan pengakap di Zon Sentul dan sebagai tanda menyokong konsep satu Malaysia.

7. Sekiranya tuan/puan memerlukan butiran/bantuan yang lebih lanjut, sila hubungi talian 012-3059306 (En. Yue) / 016-3168020 (Cik. Rachel). Segala kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Semua Peserta yang minat - mesti menghantar Nama, I/C no, Contact number, No kumpulan/Nama Sekolah, Umur Peserta. Mesti hantar sebelum 25/6/2010.

Hanya 5 hingga 7 tempat akan diberi setiap sekolah (memerlukan peserta yang berbilang bangsa dari setiap sekolah) - first come first served. (email chenteral_scout@yahoo.com) / call oi2-3059306 (En. Yue).

PERATURAN – PERATURAN AKTIVITI BERBASIKAL

Para pengakap yang menyertai aktiviti ini dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan tersebut:

Para pengakap yang menyertai aktiviti ini perlu berumur 14 tahun dan ke atas.

Sehari sebelum aktiviti (03 Julai 2010), para peserta dikehendaki menghantar basikal masing-masing ke S.J.K.(C) Chong Hwa dari pukul 1:00 petang hingga 5:30 petang untuk pendaftaran.

Basikal yang digalakan adalah – Mountain Bike

Para peserta dikehendaki memeriksa keadaan basikal masing-masing terutamanya tayar basikal , brek sebelum dihantar ke S.J.K. (C) Chong Hwa.

Para peserta dikehendaki membawa wisel sendiri untuk kegunaan semasa kecemasan.

Para peserta dilarang membawa beg serta telefon bimbit sekali semasa aktiviti berbasikal dijalankan.

Para peserta dilarang memotong barisan peserta yang lain dan sentiasa berada dalam barisan masing-masing.

Para peserta yang mempunyai masalah kesihatan dilarang menyertai aktiviti berbasikal ini.

Semua peserta mesti memakai pakain seragam penuh pengakap pada hari aktiviti.

Para peserta mesti memenuhi dan patuhi semua aspek keselamatan semasa berbasikal.

Sekiranya terdapat peserta yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, pihak anjuran berhak untuk menentang penyertaan tersebut.

No comments:

Post a Comment