Thursday, October 14, 2010

Kursus Kawad dan Istiadat Pengakap Peringkat Negeri WPKL

Kepada semua pemimpin, guru pengakap dan penolong pesuruhjaya,
 
Ini adalah salah satu program yang dianjurkan oleh PPMWPKL latihan.
Sesiapa yang minat, bolehlah sertakan nama kepada saya atau nizam.
 
Hanya 15 kerusi sahaja.
 
Surat dari JPWP sudah dapat dan masing-masing yang berminat boleh mendapatkan dari saya.

Sekian
Chenteral Velo - DC sentul

____________________________________________________________________

Pemimpin,

Salam Sejahtera,

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa PPMWPKL menerusi Pasukan Latihan Negeri akan menganjurkan Kursus Kawad dan Istiadat Pengakap khusus untuk Ahli Pasukan Latihan Daerah, Pemimpin-Pemimpin Unit di semua peringkat (Unit Kanak-Kanak, Unit Muda, Unit Remaja) seperti di bawah:

Tarikh :  22 hingga 24 OKTOBER 2010 (melapor diri pada jam 3.00 petang , Jumaat)
Tempat : SK Kiaramas, Segambut, Kuala Lumpur
Bayaran : RM 60.00
Penyertaan :  TERHAD 60 orang sahaja (15 orang bagi setiap Daerah)


Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan penyertaan bagi setiap Daerah dalam kursus tersebut. Dilampirkan bersama surat dan borang penyertaan kursus untuk tindakan tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

ABDUL JALIL ABDUL SAMAD
Urusetia
Kursus Kawad dan Istiadat Pengakap 2010

No comments:

Post a Comment