
Sunday, February 27, 2011
Pendaftaran Keahlian Tahun 2011
Sekolah Menengah Kebangsaan/Sains/Teknik/Sekolah Kebangsaan/Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil/ Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
Tuan/Puan
PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP MENGIKUT SEKOLAH/KUMPULAN BAGI TAHUN 2011
Dengan ini perkara diatas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman Tuan/Puan. Pendaftaran Keahlian Kumpulan Pengkap (Sekolah) perlu diperbaharui setiap tahun seperti yang telah termaktub di dalam buku POR (Polisi, Organisasai dan Peraturan). Akta Parlimen 409,1989.
3. Sehubungan itu, Pesuruhjaya Daerah Zon Sentul, Encik Chenteral Velo akan berurusan dengan Tuan/Puan mulai sekarang bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan sempurna. Semua Pendaftaran hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2011.
BAYARAN PENDARFTARAN DAN YURAN KEAHLIAN
1. Bayaran Pendaftaran Kumpulan RM10.00
2. Yuran Bagi PKK, PL, PU, PM, PM RM3.00
3. Yuran Bagi PK, Pemimpin, PPD, PD, PN, PPN, PR dan Ahli Biasa RM5.00
CARA BAYARAN
KUMPULAN: SEGALA KUTIPAN PENDAFTARAN DAN YURAN KEAHLIAN HENDAKLAH DIMASUK KE AKAUN BANK SEPERTI DI BAWAH
NAMA AKUAN: Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Zon Sentul
NAMA BANK: CIMB
NO AKAUN: 1408-1206536-05-8
PPM DAERAH: Pesuruhjaya Daerah atau Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah Zon Sentul akan mengutip borang-borang yang berkaitan serta salinan slip bank (Bank in slip) dan akan mengeluarkan RESIT bagi Bayaran Pendaftaran yang telah diterima daripada tiap-tiap Kumpulan/Krew. Segala Borang , salinan resit serta slip bank akan dimajukan kepada pihak PPM Negeri bagi proses Pendaftaran.
Segala kemusyikilan berkaitan pendaftaran dan keahlian tahuanan kumpulan Pengakap ataupun kepengakapan di sekolah Tuan/Puan bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:-
1. En. Chenteral Velo - Pesuruhjaya Pengakap Daerah Zon Sentul 0123243446
2. En. Danny Yue PPD - Pentadbiran Zon Sentul 0123059306
3. En. Sharul Nizam PPD – Bahagian Latihan 0122649011
4. En. Mark Suresh PPD – Bahagian Program 0122521848
Terima Kasih
Chenteral Velo
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Zon Sentul
Saturday, April 10, 2010
Maklumat Pendaftaran
Kumpulan Pengakap
PPM-1(A)
PPM-1(B)
PPM-2(A)
Krew Kelana
PPM-1(B)
PPM-2(B)
PPM Negeri / Daerah
PPM-1(B)
PPM-2(C)
Mula dengan:-
Muat turun borang PPM-1(A) dan PPM-1(B).
Cetak dan agihkan borang PPM-1(A) kepada ahli untuk diisi.
Cetak dan agihkan borang PPM-1(B) kepada Pemimpin / Penolong Pemimpin / Ahli Jawatankuasa Kumpulan untuk diisi.
Kumpulkan borang PPM-1(A) dan PPM-1(B) yang telah siap diisi.
Muat turun fail Microsoft® Excel PPM-2(A).
Isikan fail Microsoft® Excel PPM-2(A) dengan maklumat ahli yang dikumpul dari borang PPM-1(A) dan PPM-1(B).
Cetak borang PPM-2(A) –Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli dari helaian terakhir dalam fail Microsoft® Excel PPM-2(A).
Tanda tangan borang tersebut dan hantarkan satu salinan kepada PPM Daerah dan PPM Negeri.
Buat pembayaran yuran (jumlah seperti yang dinyatakan dalam PPM-2(A)) terus ke akaun “PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH ZON SENTUL” di CIMB BANK, No Akaun : 1408-1206536-05-8
Hantarkan fail Microsoft® Excel PPM-2(A) melalui emel kepada chenteral_scout@yahoo.com, sjeevams@gmail.com / timmy@klscout.org
Dalam emel tersebut sila sertakan maklumat dibawah:
Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan :
No. Kumpulan :
PPM Daerah :
PPM Negeri :
Jumlah Yuran :
PANDUAN MENGISI FAIL MICROSOFT® EXCEL PPM-2(A)
BAGI PENDAFTARAN KUMPULAN PENGAKAP
Borang ini hendaklah diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
Panduan ini merujuk kepada Bahagian/Helaian di dalam fail Microsoft® Excel PPM-2(A).
Anda boleh klik <<>> untuk ke helaian seterusnya.
(A) ARAHAN
Mengandungi arahan dan panduan untuk Pendaftaran Ahli Pengakap Tahun 2009
(B) KUMP – [MAKLUMAT KUMPULAN]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat kumpulan dan maklumat pembayaran yuran :
MAKLUMAT KUMPULAN
No. Kumpulan
Isi No Kumpulan.
PPM Daerah
Isi PPM Daerah dimana Kumpulan didaftarkan.
PPM Negeri
Pilih dari senarai, PPM Negeri dimana Kumpulan didaftarkan.
Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan
Isi Nama Sekolah / Maktab / Universiti / Kumpulan jika berkenaan.
Alamat Kumpulan
Isi alamat surat-menyurat terkini kumpulan.
Poskod
Isi Poskod untuk alamat kumpulan.
Bandar
Isi Bandar untuk alamat kumpulan (jika berkenaan).
Negeri
Isi Negeri untuk alamat kumpulan.
No. Telefon
Isi No. Telefon untuk dihubungi.
No. Faks
Isi No. Faks (jika ada)
Alamat E-mel
Isi alamat E-mel (jika ada)
No. Pendaftaran Kumpulan
Bagi kumpulan sedia ada yang memperbaharui pendaftaran ahli,
isikan No.Pendaftaran Kumpulan.
Bagi kumpulan baru yang belum pernah berdaftar, biarkan kosong.
MAKLUMAT PEMBAYARAN
Jenis Pendaftaran
Pilih Jenis Pendaftaran, sama ada PEMBAHARUAN atau PENDAFTARAN BARU.
Pendaftaran baru adalah untuk kumpulan baru yang mendaftar untuk kali pertama.
Jumlah Bayaran
Isi jumlah bayaran yang dibuat. Amaun ini dipetik dari borang
PPM-2(A) – Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli.
Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran dibuat
No. Rujukan Pembayaran
Isikan No. Rujukan Pembayaran yang didapati dari Resit/Slip Deposit
Kaedah Pembayaran
Pilih Kaedah Pembayaran, sama ada CEK atau TUNAI.
No. Cek / Bank Draf / Wang Pos
Sekiranya pembayaran dibuat melalui Cek, Bank Draf atau Wang Pos sila isikan
nama bank dan nombor Cek / Bank Draf / Wang Pos tersebut.
(C) PEMIMPIN – [SENARAI NAMA PEMIMPIN / PEN. PEMIMPIN
/ AHLI JAWATANKUASA KUMPULAN]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat semua Pemimpin,
Penolong Pemimpin dan Ahli Jawatankuasa Kumpulan.
Nama Penuh
Isikan nama seperti dalam Kad Pengenalan, dengan menggunakan HURUF BESAR.
No. K.P.
Isikan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Polis / Nombor Tentera / Passport.
Jangan masukkan jarak atau sengkang.
Jantina
Pilih Jantina dari senarai, sama ada Lelaki atau Perempuan.
Keturunan
Pilih Keturunan dari senarai. Jika tidak disenaraikan, pilih Lain-Lain.
Tarikh Lahir
Isikan tarikh lahir.
(D) PENGAKAP – [SENARAI NAMA AHLI PENGAKAP]
Sila lengkapkan helaian ini dengan maklumat semua ahli pengakap.
Nama Penuh
Isikan nama seperti dalam Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran / Passport,
dengan menggunakan HURUF BESAR.
No. K.P.
Isikan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Sijil Kelahiran / Passport.
Jangan masukkan jarak atau sengkang.
Jantina
Pilih Jantina dari senarai, sama ada Lelaki atau Perempuan.
Keturunan
Pilih Keturunan dari senarai. Jika tidak disenaraikan, pilih Lain-Lain.
Tarikh Lahir
Isikan tarikh lahir ahli.
(E) BORANG – [PPM-2(A)]
Sila cetak Borang PPM-2(A) - Penyata Lengkap Yuran dan Perangkaan Ahli
untuk ditandatangan. Satu salinan haruslah dihantar kepada PPM Daerah / PPM
Negeri
