Sunday, February 27, 2011

Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Pengakap Zon Sentul & Kursus Manikayu Pengenalan




Pendaftaran 2011







Pendaftaran Keahlian Tahun 2011


Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah Kebangsaan/Sains/Teknik/Sekolah Kebangsaan/Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil/ Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

Tuan/Puan

PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP MENGIKUT SEKOLAH/KUMPULAN BAGI TAHUN 2011

Dengan ini perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan/Puan. Pendaftaran Keahlian Kumpulan Pengkap (Sekolah) perlu diperbaharui setiap tahun seperti yang telah termaktub di dalam buku POR (Polisi, Organisasai dan Peraturan). Akta Parlimen 409,1989.

3. Sehubungan itu, Pesuruhjaya Daerah Zon Sentul, Encik Chenteral Velo akan berurusan dengan Tuan/Puan mulai sekarang bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan sempurna. Semua Pendaftaran hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2011.


BAYARAN PENDARFTARAN DAN YURAN KEAHLIAN

1. Bayaran Pendaftaran Kumpulan RM10.00
2. Yuran Bagi PKK, PL, PU, PM, PM RM3.00
3. Yuran Bagi PK, Pemimpin, PPD, PD, PN, PPN, PR dan Ahli Biasa RM5.00


CARA BAYARAN

KUMPULAN: SEGALA KUTIPAN PENDAFTARAN DAN YURAN KEAHLIAN HENDAKLAH DIMASUK KE AKAUN BANK SEPERTI DI BAWAH

NAMA AKUAN: Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Zon Sentul

NAMA BANK: CIMB

NO AKAUN: 1408-1206536-05-8

PPM DAERAH: Pesuruhjaya Daerah atau Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah Zon Sentul akan mengutip borang-borang yang berkaitan serta salinan slip bank (Bank in slip) dan akan mengeluarkan RESIT bagi Bayaran Pendaftaran yang telah diterima daripada tiap-tiap Kumpulan/Krew. Segala Borang , salinan resit serta slip bank akan dimajukan kepada pihak PPM Negeri bagi proses Pendaftaran.


Segala kemusyikilan berkaitan pendaftaran dan keahlian tahuanan kumpulan Pengakap ataupun kepengakapan di sekolah Tuan/Puan bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:-

1. En. Chenteral Velo - Pesuruhjaya Pengakap Daerah Zon Sentul 0123243446
2. En. Danny Yue PPD - Pentadbiran Zon Sentul 0123059306
3. En. Sharul Nizam PPD – Bahagian Latihan 0122649011
4. En. Mark Suresh PPD – Bahagian Program 0122521848

Terima Kasih


Chenteral Velo
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Zon Sentul


Thursday, February 17, 2011

Mesyuarat Daerah Sentul - Bersama ADC

Salam Pengakap,

Menjemput semua ADC and yang memegang jawatan serta jemputan khas untuk bersama daerah sentul.

Tarikh : 19.2.2011
Masa : 2.45 ptg - 5.45 petang
Tempat : Sek. Men. (P), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Agenda:

1. Organisasi Daerah 2010 ->2011
2. Pendaftaran kumpulan and ahli - process
3. Program 2011
4. Perjumpaan Pemimpin dan Guru sekolah Daerah Sentul
5. Ujian Sikap dan king scout last preparation
6. lain-lain

Sunday, February 6, 2011

Program Derma Darah - Setitis Darah Anda, Sejalur Sinar Kehidupan


Salam Pengakap,

Ayoh! Semua Pengakap Malaysia untuk menjayakan program yang mulia ini.
"Setitis Darah Anda, Sejalur Sinar Kehidupan"

Pada : 12.2.2011
Masa : 9.00 am - 4.00 pm
Tempat : Sek Men. (P), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Untuk Semua rakyat 18 tahun keatas yang layak untuk menderma darah

Persetiaan Pengakap
"Menolong Orang Pada Setiap Masa"

"Satu Malaysia, Satu Semangat"
Edarkan maklumat ini kepada semua rakyat Malaysia
Sekian

Chenteral Velo
DC Daerah Sentul

Program King Scout - 12.2.2011

Salam Pengakap,

Saya meminta semua pengakap yang bakal menghadapi pentarafan pengakap raja,
sila hadir seperti berikut

Pada: 12/2/2011.
Masa: 9.00
Tempat : Sek. Men. (P) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

1. Check log book
2. Siap buku XPDC dan di periksa
3. Berkhidmat untuk menjayakan program derma darah - untuk memenuhkan buku log

Sekian Terima kasih

Kearah Pengakap Raja

Chenteral Velo
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sentul

Friday, February 4, 2011

Program Derma Darah - Setitis Darah Anda, Sejalur Sinar Kehidupan


Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan:
Taat kepada Tuhan, Raja Dan Negara
Menolong Orang Pada Setiap Masa
Menurut Undang-undang Pengakap

Ayoh! Pengakap dan Semua warga negara Malaysia
"Setitis Darah Anda, Sejalur Sinar Kehidupan"







Persekutuan Pengakap Malaysaia WPKL - Daerah Sentul ingin menjemput semua rakyat Malaysia dan seluruh warga pengakap memberi bantuan kepada orang yang memerlukan darah untuk terus hidup dengan sempurna. Semua warga negara malaysia yang berumur 18 tahun keatas boleh menderma darah

Ini adalah tanggungjawap kita bersama kepada masyarakat yang memerlukan bantuan darah.
Saya percayai dengan bantuan "Setitis darah anda, sejalur sinar kehidupan"

Sekian terimakasih

Satu Malaysia, Satu semangat

Chenteral Velo
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sentul